Followers

Sunday, February 27, 2011

DAH BAGI SENANG PUN NGANG LAGI! SAMDOL....

Dulu masa aku kat sekolah, aku masih ingat lagi ada cikgu-cikgu aku yang garang macam rimau betina kena cerai. Bila naik hangin, aku rasa semua anak murid kecut perut tengok dia marah. Kadang tu aku pun tak tau kenapa ada ketika dia naik hangin satu badan. Tapi kadang kala ok pulak. 




Apapun, aku n geng-geng aku tetap hormat kat cikgu tu. Kalau jumpa, tetap ucap selamat kat cikgu tu. Bila dia masuk kelas, kami tetap ucapkan selamat pagi cikgu dan terima kasih cikgu walaupun kadang kala cikgu tu hanya dok je dalam kelas sebagai guru ganti. 


Itulah tandanya terima kasih, rasa hormat, penghargaan pada seorang guru walaupun cikgu tu ada ketikanya tidak berlaku adil kepada kami pelajar-pelajarnya. Itu baru kes cikgu, belum lagi kes mak bapak. Macam kengkawan aku lah yang sekarang ni dah kerja, dorang ni tetap gak hantar duit kat kampung walaupun satu ketika dulu penah kena bambu dengan mak bapak sebab kuar rambu dengan kengkawan. walaupun satu ketika dulu dorang penah kena tibai hanya kerana mak bapak dorang dengar cakap jiran tetangga yang kengkawan aku ni hisap rokok dan melepak dengan mat pit. Tapi sebenarnya tu fitnah! walaupun dorang kena tibai dengan mak bapak, kena marah tapi dorang tau mak bapak dorang sayang kat dorang. Bagi dorang belajar, bagi dorang makan minum dan pakai yang secukupnya. Mana ada semua boleh dapat. Dah tentu lah ada kos melepas!


Aku bawa story nostalgia ni bukan saja syok sendiri tapi aku nak kaitkan dengan story di Merlimau tu yang isteri si Yuhaizad tu cikgu dan dorang ni pulak dok menumpang di kompleks pendidikan yang kerajaan dirikan untuk kemudahan guru-guru mendapatkan tempat tinggal. Aku penah gak gi ke umah cikgu macam ni. fully furnished tu! Semua cukup. Pendek kata masuk je tak payah beli perabot. Siap bagi katil lagi! Itulah jasa kerajaan tapi biasalah ada di antara samdol-samdol ni yang kata itu memang dah tugas kerajaan. 

Jadi aku pun nak sinonimkan cerita aku di atas tadi dengan rakyat Malaysia berjiwa pembangkang ni, yang kerja dengan kerajaan, ambil hasil mahsul yang diberi kerajaan tapi menolak jasa kerajaan dan paling hina tak nak berterima kasih dengan kerajaan. Kalau kerajaan ni zalim, tak kan lah kerajaan dirikan kompleks pendidikan untuk cikgu-cikgu tinggal ataupun mana-mana rumah untuk kemudahan kakitangan dia. 

Aku tak kisah lah jiwa pembangkang ni! Yang penting aku tetap berterima kasih pada kedua ibu bapa aku, guru-guru aku, kawan-kawan aku, dan sesiapa saja yang telah membantu aku dalam proses aku menjadi semakin dewasa dan matang ni. Aku tak nak kufur nikmat dan tak nak jadi manusia yang tak kenang budi! Macamana nak menjadi pemimpin kalau sekiranya diri sendiri pun tak mampu dipimpin!


Jadi, kepada masyarakat MERLIMAU DAN KERDAU belajarlah ucapkan : TERIMA KASIH KERAJAAN!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment